PROFIL SEKOLAH

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT

i) Meningkatkan peratus kelulusan PMR dan SPM dari segi

kualiti dan kuantiti.

ii) Merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar.

iii) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bermoral.

iv) Melahirkan pelajar yang mahir dalam berbagai-bagai bidang (kurikulum dan kokurikulum)

MOTO

Bersama Ke Arah Kecemerlangan

ALAMAT:

SMK Pasir Besar, 73420 Gemas Negeri Sembilan

NO.TELEFON/ FAX: 06-4576215/ 06-4577051

SEJARAH SEKOLAH

SMK Pasir Besar teletak dalam kawasan FELDA Pasir Besar. Pada Januari 1974, SMK Pasir Besar mula beroperasi yang mana pelajarnya menumpang di Sek. Keb. Pasir Besar telebih dahulu dan ditadbir oleh Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Gemas sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina dengan sempurna pada tahun 1976. Setelah bangunan siap didirikan, pelajar dipindahkan ke bangunan baru tersebut pada awal Januari 1976.

Gred bagi sekolah ini ialah gred B. Pada awalnya sekolah ini berada pada tahap gred D yang mana pelajar hanya terdiri sehingga Tingkatan 3 sahaja. Kemudian pada tahun 1987 sekolah ini dinaikkan taraf ke gred B seterusnya pada 1999,menjadi gred A. Namun, pada 2002 gred sekolah diturunkan semula ke gred B.

Kebanyakkan pelajar di sekolah ini terdiri daripada mereka yang menetap di Felda Pasir Besar, Felda Palong Satu, Kilang Getah Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, Kampung Kurnia Di Raja, Kampung Baru Rompin, Kampung Sri Rompin, Felcra Bukit Jelai dan Felcra Gugusan Rompin, Rumah Rakyat Rompin, Taman Pasir Besar, Ladang New Rompin, Ladang LUTH Pasir Besar, Taman Melor, Kampung Balai Cina dan Taman Hala Cara Baru Kampung Londah. Sekolah ini mempunyai pelajar majoriti yang terdiri daripada kaum Melayu dan juga terdapat sedikit pelajar India.

Tenaga pengajar di sekolah ini terdiri daripada guru lepasan maktab perguruan, universiti dan juga guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di bawah pimpinan pengetua sekolah. Di sepanjang penubuhan sekolah ini, pentadbiran sekolah telah diterajui oleh dua orang pemangku pengetua dan sepuluh orang pengetua semenjak 1974 hingga kini. Di bawah adalah senarai pengetua dan pemangku pengetua yang berkhidmat di SMK Pasir Besar:

1 1974 – 1975 En. Kamarudin b. Yasin (Pemangku)
2 1975 – 1985 En. Mohd Yusof b. Maasar
3 1985 – 1986 En. Sahul Hamid b. Peer Hamid
4 1987 (10 bulan) En. Ali b. Abu Bakar (Pemangku)
5 1987 – 1990 Tn. Hj. Othman b. Ismail
6 1991 – 1996 En. Sallehuddin b. Hj. Abd. Wahab
7 1996 – 1998 Tn. Hj. Hussin b. Hassan Jabai
8 1998 – 1999 Tn. Hj. Jaafar b. Kassim
9 1999 – 2000 En. Mohd Yassin b. Yunus
10 2000 – 2003 Pn. Hajah Afsah bt. Hj. Abd. Hamid
11 2004 – 2007 Pn. Hajah Sakdiah binti Saleh
12 2007 – Kini Pn. Umi Kalthum bt. Mustafa

LAGU SEKOLAH

Megah berdiri SMKPB

Kebanggaan putera dan puteri

Murid dan guru bersatu hati

Ke arah yang cemerlang

Kami berjanji kepadamu

Berusaha tekun belajar

Harapan bonda kami penuhi

Majulah SMKPB

Taat setia dan disiplin diri

Ilmu panduan hidup

Usaha gigih tekun belajar

Majulah SMKPB

Kami berjanji kepadamu

Berusaha tekun belajar

Harapan bonda kami penuhi

Majulah SMKPB

LENCANA SEKOLAH

“ILMU PANDUAN HIDUP” adalah moto bagi lencana SMKPB. Ini bermaksud ilmu yang dituntut boleh memandu manusia kepada corak kehidupan yang berdisiplin dan menentukan arah tuju matlamat hidupnya.

Huraian simbol, lambang dan warna lencana.

SIMBOL, LAMBANG, WARNA MAKSUD
LIMA BINTANG Keaktifan bidang sukan di SMKPB
OBOR Pekerjaan utama masyarakat FELDA
# pada tahun 1990, lambang obor ini telah menggantikan lambang pokok getah
BUKU Kepentingan ilmu pengetahuan
ATOM Kemajuan yang berasaskan pengetahuan Sains
LUREL/DAUN PADI Melambangkan kejayaan
WARNA KUNING Keikhlasan sebagai elemen kejayaan
WARNA MERAH Berani menghadapi cabaran

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: