PENDIDIKAN KHAS

SEJARAH KELAS KHAS

Program Integrasi Pendidikan Khas Sek Men Keb Pasir Besar ditubuhkan pada tahun 2002. Murid-murid kelas terdiri dari berbagai kecacatan iaitu cacat pendengaran, masalah pembelajaran, slow learner dan sindromdown. Murid-murid tinggal berdekatan dengan sekolah dan berasal dari keluarga yang kurang berada.

VISI

Melahirkan insan yang sayang ibubapa keluarga, sekolah, masyarakat dan negara melalui budaya kasih sayang.

MISI

Menyediakan pendidikan asas yang kukuh, berkesan dan berkualiti untuk murid-murid khas, agar mereka dapat menjadi insan yang berdisiplin, berilmu dan berdedikasi supaya dapat memberi sumbangan kepada negara.

OBJEKTIF

Setiap murid diberi peluang dan bimbingan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka:

  1. Menguasai kemahiran berkomunikasi
  2. Menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir
  3. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  4. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  5. Mengembangkan bakat dan potensi semulajadi unutk mencapai kejayaan
  6. Menghormati dan menyayangi ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan masyarakat dan negara dengan memperlihatkan perlakuan yang baik.
%d bloggers like this: